Ayam Sambal Bali Aisha Sukor

Assalammualaikum and morning semua ... pagi ni nak share resepi Ayam sambal bali yang I selalu masak for order and makan sendiri ...Resepi from Aisha Sukor ni if u guys buat mmg cukup rasa just follow the recipe ok ...







Resepi AYAM MASAK BALI.
Sumber : FB Aisha Sukor.

* sukatan resepi ini untuk seekor ayam.

Bahan-bahan ;

Segenggam cili kering**
6 biji bawang besar**
1 labu bawang putih**
Sedikit halia**
Belacan saiz setengah ibu jari**
Serai 8 batang - dititik
Daun kari 6 tangkai - cuci & tos
Kicap cap tamin ( dark soy sauce )
Gula 3 sudu besar
Garam dua camca kecil

Blend kesemua bahan-bahan bertanda ** dikisar hingga lumat.

Cara penyediaan masakan ;
1. Bersihkan ayam, selawat dan toskan. Kemudian lumurkan ayam dgn serbuk kunyit dan sedikit garam. Panaskan secawan minyak, goreng ayam tak perlu garing. Biar ayam tu juicy kemudian angkat & toskan.
2. Dengan minyak goreng ayam tadi, gorengkan serai hingga separa coklat. Masukkan daun kari dan goreng hingga garing dengan api sederhana. Bila warna dah cantik, masukkan bahan blend tadi, tumis sampai naik bau dan garing. 
3. Masukkan gula, garam secukup rasa dan renjis kicap (dalam 5 titis sahaja), biar warna jadi merah maroon. Masukkan ayam dan masak 10 minit lagi.

p/s : Puan Aisha pesan jangan makan lagi bila dah masak, biar setengah jam atau makan esok lagi sedap katanya. Hehehe.

Selamat mencuba ya!

Comments

Popular Posts