Resepi Roti Jala



Kita teruskan proses masukkan resepi buat kawan2 yang minta resepi ...mana tau depa nak buat masa cuti pertabalankan Agong. 

Tengah dok ada free time now sementara nak tunggu coklat kek masak dalam oven. Petang ni adik kami nak mai... so korang ni resepinya ye ...







Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar butter atau minyak masak ( I guna butter)
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning atau kunyit
2 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (I guna susu cair 1/2 and 1/2 air tapis)

Cara-cara

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. If perlu pls tapis .. takut ada ketul2 tepung .. 
  2. Masukkan sesenduk ke dalam acuan. Cuba jala if  keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick.  Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala. Dekat DIY ada jual acuan roti jala yg mcm botol tu Itu senang n less semak 
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Roti jala siap bole makan dengan kari ayam pekat2 or bole juga makan dgn kuah durian..if kuah durian gantikan air tu dgn air pandan yg diblend and tambah santan. sedap .....

Comments

Popular Posts